Website PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd – Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-
KEKOSONGAN JAWATAN
Pegawai Pengurusan Pelanggan (1 kekosongan)
(no Rujukan jawatan : 148/2014)
KELAYAKAN JAWATAN
a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia atau Diploma atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diluluskan oleh MQA,
b) Minima 3 tahun pengalaman (Pengalaman dalam perhubungan dengan pelanggan diutamakan)
Graduan yang baru tamat pengajian (fresh graduate) yang mempunyai kelayakan tetapi tiada pengalaman kerja digalakkan memohon.
Maklumat lanjut serta borang permohonan boleh didapati di laman web Syarikat http://www.pba.com.my/vacancy atau datang sendiri ke:
Jabatan Sumber Manusia,
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.,
Tingkat 32 KOMTAR,
Jalan Penang,
10000 Georgetown,
Pulau Pinang.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Pengurus Sumber Manusia seperti alamat yang tertera di atas.
Sila pastikan nombor rujukan jawatan dicatat dalam borang permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan: 27 Februari 2015
Harap maklum bahawa borang permohonan yang tidak lengkap diisi tidak akan dipertimbangkan dan permohonan yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.




