Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd Hiring!!

    • Anywhere
    • Applications have closed

    Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd Hiring!!

    Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

    KEKOSONGAN JAWATAN

    Pengawal Keselamatan (Kontrak) (8 kekosongan)

    KELAYAKAN JAWATAN

    –          Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun

    –          Ketinggian di antara 160 sm dan tidak melebihi 185 sm

    –          Berat badan sekurang-kurangnya 55 kg dan tidak melebihi 80 kg

    –          Kelayakan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

    –          Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan               baik

    –          Berdisiplin, tidak mempunyai rekod jenayah dan bebas dari pengaruh dadah

    –          Sanggup bekerja syif

    –          Mempunyai lesen ‘B2’ dan ‘D’

    –          Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang keselamatan iaitu                         Polis Bantuan atau Polis Sukarela

    –          Bagi bekas anggota ATM/ PDRM, umur hendaklah tidak melebihi 45 tahun dan mempunyai tahap                    kesihatan yang baik.

     

    Maklumat lanjut serta borang permohonan boleh didapati  di laman web Syarikat http://www.pba.com.my/careers.html atau datang sendiri ke:

    Jabatan Sumber Manusia
    Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.,
    Tingkat 32 KOMTAR,
    Jalan Penang,
    10000 Georgetown,
    Pulau Pinang.

    Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta salinan sijil akademik yang disahkan, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar terkini hendaklah dihantar kepada Pengurus Sumber Manusia seperti alamat yang tertera diatas.

    Tarikh Tutup Permohonan: 17 September 2014

    Harap maklum bahawa borang permohonan yang tidak lengkap diisi  dan salinan sijil akademik tidak disertakan bersama tidak akan dipertimbangkan. Hanya permohonan yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.