Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd – Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-
KEKOSONGAN JAWATAN
Jawatan
- Setiausaha (39/2015) (1 kekosongan)
- Pegawai Sokongan IT (48/2015 )(1 kekosongan)
- Juruteknik (08/2015, 18/2015 & 21/2015) (8 kekosongan)
- Pengawal Keselamatan (Kontrak)
KELAYAKAN JAWATAN
1. a) Diploma/ Ijazah Kesetiausahaan atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diluluskan oleh MQA
b) Minima 3 tahun pengalaman (Pengalaman dalam bidang berkaitan diutamakan)
2. a) Diploma Sains Komputer atau kelayakan setaraf dengannya dan diluluskan oleh MQA
b) Minima 3 tahun pengalaman
3. a) SKM (Tahap 3)/ Sijil/ Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam/ Mekanikal atau kelayakan setaraf dengannya dan diluluskan oleh MQA
b) Minima 3 tahun pengalaman (Pengalaman dalam bidang pengurusan air adalah satu kelebihan)
4. a) Minima Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/Penilaian Menengah Rendah (PMR)
b) Keutamaan untuk calon lelaki
c) Berumur 20 – 35 tahun
d) Bagi pemohon yang terdiri daripada bekas anggota polis atau tentera had umur sehingga 45 tahun
e) Anggota Polis Bantuan digalakkan untuk memohon
Graduan yang baru tamat pengajian (fresh graduate) yang mempunyai kelayakan tetapi tiada pengalaman kerja digalakkan memohon.
Maklumat lanjut serta borang permohonan boleh didapati di laman web Syarikat http://www.pba.com.my/vacancy atau datang sendiri ke:
Ketua Divisyen
Sumber Manusia & Keselamatan
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.,
Tingkat 32 KOMTAR,
Jalan Penang,
10000 Georgetown,
Pulau Pinang.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Ketua Divisyen, Sumber Manusia & Keselamatan seperti alamat yang tertera di atas.
Sila pastikan nombor rujukan jawatan dicatat dalam borang permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan: 27 Mac 2015
Harap maklum bahawa borang permohonan yang tidak lengkap diisi tidak akan dipertimbangkan dan permohonan yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.




