Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd – Jawatan Kosong!!
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-
KEKOSONGAN JAWATAN
Jawatan
- Juruteknik (Kontrak) – 4 Kekosongan
- Pegawai Perhubungan Pelanggan (Kontrak) – 1 Kekosongan
- Pembantu Tadbir (Kontrak) – 2 Kekosongan
KELAYAKAN JAWATAN
1. a) SKM (Tahap 3)/ Sijil/ Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam/ Mekanikal atau kelayakan setaraf dengannya dan diluluskan oleh MQA
b) Minima 3 tahun pengalaman (Pengalaman dalam bidang pengurusan air adalah satu kelebihan)
2. a) SPM dengan kredit dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia / Sijil/ Diploma atau kelayakan setaraf dengannya dan diluluskan oleh MQA
b) Minima 3 tahun pengalaman (Pengalaman dalam bidang perkhidmatan pelanggan adalah satu kelebihan)
3. a) SPM dengan kredit dalam Matematik dan Perakaunan/ Sijil/ Diploma atau kelayakan setaraf dengannya dan diluluskan oleh MQA
b) Minima 3 tahun pengalaman (Pengalaman dalam bidang Perkaunan/ Pentadbiran adalah satu kelebihan)
Graduan yang baru tamat pengajian (fresh graduate) yang mempunyai kelayakan tetapi tiada pengalaman kerja digalakkan memohon.
Jawatan yang ditawarkan adalah kontrak untuk satu (1) tahun.
Maklumat lanjut serta borang permohonan boleh didapati di laman web Syarikat http://www.pba.com.my/vacancy atau datang sendiri ke:
Ketua Divisyen
Sumber Manusia & Keselamatan
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.,
Tingkat 32 KOMTAR,
Jalan Penang,
10000 Georgetown,
Pulau Pinang.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Ketua Divisyen, Sumber Manusia & Keselamatan seperti alamat yang tertera di atas.
Sila pastikan nombor rujukan jawatan dicatat dalam borang permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan: 09 OKTOBER 2015
Harap maklum bahawa borang permohonan yang tidak lengkap diisi tidak akan dipertimbangkan dan permohonan yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.




