
Website Majlis Bandaraya Seberang Perai
IKLAN JAWATAN KOSONG
MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Seberang Perai seperti berikut :
Bil | Jawatan | Gred | Taraf | Kekosongan |
1 | Penolong Juruukur Bahan | JA29 | Kontrak | 4 |
2 | Penolong Pegawai Penilaian | W29 | Kontrak | 1 |
3 | Pegawai Teknologi Maklumat | F41 | Kontrak | 2 |
4 | Pembantu Kesihatan Awam | U19 | Tetap | 6 |
5 | Pembantu Kemahiran (Jurukimpal) | H19 | Kontrak | 1 |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh mula iklan pada : 20 November 2023
Tarikh tutup iklan pada : 3 Disember 2023
SYARAT LANTIKAN
Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman web e-jawatan Majlis Bandaraya Seberang Perai di www.mbsp.gov.my.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari Sistem e-Jawatan Majlis Bandaraya Seberang Perai dan membuat permohonan secara atas talian (online) sahaja dengan mengisi maklumat yang diperlukan di www.mbsp.gov.my.
CATATAN AM
(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon-pemohon yang telah mendaftar di laman e-jawatan MBSP hendaklah mengemaskini semua maklumat permohonan sebelum memohon jawatan yang diiklankan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Pembangunan Organisasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 04-5497 850 / 814 / 732 / 431 / 430 atau e – mel ke perjawatan@mbsp.gov.my.